Info Putra Heights 2016

JPJ Disaran Pertimbang Semula Umum Nama Pembida Nombor Plat



KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Khamis disaran supaya mempertimbangkan semula langkah mengumumkan nama pembida yang memenangi bidaan nombor pendaftaran kenderaan pada masa depan.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abd Rahman berkata langkah mengumumkan nama pembida itu secara tidak langsung mungkin memberi pelbagai tafsiran terutama mengenai kekayaan mereka.

"Saya berpendapat ia mungkin perlu dipertimbangkan semula sama ada pendedahan secara umum seperti ini perlu dibuat pada masa hadapan atau tidak untuk mengelakkan fitnah," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Yusof berkata demikian sebagai mengulas siasatan Polis Johor terhadap tindakan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan bidaan nombor plat WWW 1 berharga RM520,000 oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim.



Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak dalam Twitternya menyatakan bahawa jumlah wang yang besar itu boleh diguna untuk membantu orang Melayu yang miskin di negeri itu membeli rumah.

-- BERNAMA
0 Komentar untuk "JPJ Disaran Pertimbang Semula Umum Nama Pembida Nombor Plat"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top