Info Putra Heights 2016

Harga Saham Felda Naik

Najib Tun Razak menyampaikan ucapan pada pelancaran Prospektus sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) Berhad di Dewan Perdana Felda hari ini. – Foto Bernama
 
KUALA LUMPUR – Peneroka Felda tetap mendapat keutamaan dalam langkah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) apabila lebih 70 peratus saham terbitan penawaran runcit FGVH diperuntukkan kepada golongan peneroka, warga pekerja Felda dan individu yang menyumbang kepada organisasi itu.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika melancarkan prospektus FGVH hari ini sempena penyenaraian gergasi perladangan itu, mengumumkan daripada 255,371,000 saham terbitan penawaran runcit, sebanyak 182,408,000 saham terbitan diperuntukkan kepada peneroka, pekerja dan mereka yang telah memberi sumbangan kepada organisasi tersebut manakala 72,963,000 saham selebihnya adalah untuk pelabur awam.
Sehubungan itu, Najib berkata dakwaan pihak tidak bertanggungjawab bahawa kerajaan akan memanipulasikan golongan  peneroka dengan penyenaraian tersebut sebagai tidak benar dan tidak berasas sama sekali.
 
"Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa apa yang kita lakukan ini adalah sebagai menepati amanah yang ditinggalkan oleh ayahanda saya, Tun Abdul Razak
Hussein.
"Sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda, saya dan rakan-rakan berjanji tidak akan sekali-kali membiarkan kemudaratan bukan sahaja kepada warga Felda tetapi juga kepada generasi terkemudian dan negara. Kita tetap akan memperjuangkan Felda sebagai institusi lambang kejayaan rakyat Malaysia," katanya di sini.
 
Harga saham dijangka naik mendadak
 
Saham FGVH dijangka disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd pada 28 Jun ini.
Najib berkata penyenaraian FGVH mencatat dua detik bersejarah bukan sahaja kepada Felda tetapi juga negara apabila penyenaraian itu merupakan yang terbesar di Asia pada tahun ini dan tawaran awam permulaan (IPO) itu merupakan yang kedua terbesar di dunia pada tahun ini selepas Facebook.
Beliau turut melahirkan rasa bangga apabila langkah penyenaraian itu telah mencetuskan penerimaan yang luar biasa dan kini pihak Felda berdepan dengan satu masalah baru iaitu memenuhi kepuasan semua pihak yang memohon saham FGVH.
0 Komentar untuk "Harga Saham Felda Naik"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top