Info Putra Heights 2016

Harga Petrol RON 97 Turun 10 Sen Mulai Esok

 
 
KUALA LUMPUR, June 6 – Kerajaan hari ini bersetuju supaya harga jualan runcit petrol RON97 bagi bulan Jun 2012 dikurangkan 10 sen seliter, iaitu kepada RM2.80 seliter daripada RM2.90 seliter berkuat kuasa mulai 7 Jun 2012.
Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata penurunan itu berikutan harga purata minyak di pasaran bagi Mei 2012 telah menurun.
Katanya harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apung terurus di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran.
0 Komentar untuk "Harga Petrol RON 97 Turun 10 Sen Mulai Esok"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top