Info Putra Heights 2016

Gambar - Shah Alam - Perut Mia Semakin Membesar, Penderma Hati Diperlukan

SHAH ALAM – Adik Putri Mia Adriana Mohd Nooridan, enam bulan, yang menghidap penyakit hati 'missed biliary atresia' akan dimasukkan ke Hospital Besar Selayang, untuk buang air dalam perutnya yang semakin membesar akibat sistem perkumuhannya tidak normal, hari ini. Ibunya, Nurhashimah Tasim, 27, berkata, anaknya itu akan diberikan ubat bagi menangani masalah tersebut.
 
Bantuan Diperlukan:
 
 
"Perut Mia semakin membesar. Dia sering merengek dan menangis disebabkan terlalu sakit. "Esok (hari ini) Mia akan dimasukkan ke wad. Dia juga akan diberi pemakanan yang sesuai bagi menambahkan berat badannya," katanya.
 
Dalam perkembangan sama, Nurhashimah terus berharap dapat mencari penderma hati yang sesuai dan mempunyai jenis darah 'O' bagi membantu mengurangkan penderitaan anaknya. Sementara itu, orang ramai yang berhasrat menghulurkan bantuan bolehlah berbuat demikian dengan memasukkan wang ke akaun Maybank Nurhashimah, 162107039647.- SinarHarian
0 Komentar untuk "Gambar - Shah Alam - Perut Mia Semakin Membesar, Penderma Hati Diperlukan"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top