Info Putra Heights 2016

198 Laman Web DiGodam, 90 Peratus Penggodam Dari Dalam negara

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Sebanyak 198 laman web di dalam negara digodam oleh pelbagai pihak baru-baru ini di mana 90 peratus berpunca dari dalam negara, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Penerangan Komunikasi dan kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata walaupun sebahagian daripada mereka dapat merosakkan beberapa laman web tetapi isiannya tidak dapat mereka atasi.
Kepada soalanDatuk Md Sirat Abu (BN-Bukit Katil) semasa sesi soal jawab, Rais berkata mereka yang mempunyai niat jahat itu tidak akan dibiarkan begitu sahaja.
 
"Seseorang itu tidak sepatutnya menyalahgunakan ilmu teknologi maklumat yang diperolehnya untuk aktiviti menggodam," katanya.
Rais juga berkata kerajaan sedang dalam usaha penambaikan akses internet terutamanya di kawasan perkampungan agar setanding dengan negara-negara maju di Asia seperti Korea, Jepun dan Taiwan.
 
Beliau berkata projek terbaru yang sedang dilaksanakan ialah mewujudkan jaringan jalur lebar atau akses internet kepada 1,000 kampung dan kawasan perladangan.
"Daripada jumlah itu, hampir 400 kampung sudah diperuntukkan dengan kemudahan tersebut dan dibekalkan dengan kelajuan yang sedia ada," katanya.
Rais berkata projek besar itu dijangka meliputi kesemua kampung yang disasarkan menjelang hujung tahun ini.
"Kita juga sedang dalam usaha meningkatkan kapasiti dan kualiti rangkaian teras iaitu rangkaian tulang belakang dan mewujudkan lebih banyak pusat pertukaran trafik internet di seluruh negara," katanya.
0 Komentar untuk "198 Laman Web DiGodam, 90 Peratus Penggodam Dari Dalam negara"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top