Info Putra Heights 2016

Kenapa Syed Zainal Abidin Letak Jawatan Pengarah Urusan PROTON?

 
Posted: 29 May 2012 04:00 PM PDT
PROTON Holdings Berhad (PROTON) hari ini mengesahkan perletakan jawatan Dato' Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir sebagai Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, berkuatkuasa pada 4 Julai 2012.
Syed Zainal Abidin telah berkhidmat dengan PROTON selama lebih enam tahun dan pihak PROTON amat berterima kasih atas sumbangan beliau kepada syarikat. Beliau telah membuat keputusan untuk meninggalkan PROTON atas kemahuan dan kepentingan sendiri dan pihak PROTON menghormati keputusan beliau.
PROTON juga mengumumkan perletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangan Encik Azhar bin Othman daripada PROTON, bermula pada 6 Julai 2012. Pihak PROTON seterusnya mengharapkan yang terbaik untuk mereka berdua pada masa depan.
Berikutan pemergian Dato' Sri Syed Zainal, Pengerusi Eksekutif PROTON, Dato' Sri Haji Mohd Khamil Jamil akan meneruskan peranan dan kepimpinan beliau dalam menerajui syarikat agar terus mara ke hadapan.
Syed Zainal Abidin merupakan antara orang penting yang memacu kejayaan PROTON sebelum ini. Tidak hairanlah perletakan jawatan ini mendapat reaksi negatif daripada pengguna. Mereka mempertikaikan apa akan jadi kepada PROTON selepas ketiadaan Syed Zainal Abidin nanti.
0 Komentar untuk "Kenapa Syed Zainal Abidin Letak Jawatan Pengarah Urusan PROTON?"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top