Info Putra Heights 2016

KAMAL ADLI - KES SMS UGUTAN DAVID TEO

 
"Gosip yang timbul itu sama sekali tidak benar. Mr. David tidak pernah menghantar SMS yang mengatakan mahu menyaman saya jika gagal hadir ke prebiu filem 'Aku Ada Kau Ada?' Malah, dia juga tidak pernah menghubungi saya berhubung isu itu.
"Saya pun terkejut apabila gosip itu tersebar. Mungkin ada wartawan yang tersalah faham apabila terdengar perbualan saya dengan pekerja MiG. Kami hanya usik-mengusik sahaja, bukannya serius," ulas Kamal berhubung dakwaan yang mengatakan David Teo menghantar SMS peringatan kepadanya supaya hadir ke prebiu filem 'Aku Ada Kau Ada?' pada Isnin minggu lepas.
Dalam masa yang sama, Kamal juga memberitahu pihak MiG yang menetapkan tarikh prebiu terlebih dahulu sebelum penerbit 'Gerimis Mengundang' berbuat demikian.
Kalau ikutkan, pihak MiG yang berikan tarikh prebiu mereka dahulu sebelum penerbit 'Gerimis Mengundang'. Pada mulanya saya anggap tarikh 21 Mei itu tiada masalah sebab saya ingat 'Gerimis Mengundang' punya tayangan pada sebelah petang. Jadi, saya fikir masih sempat ke tayangan 'Aku Ada Kau Ada?' pada sebelah malam. Tapi alih-alih waktu tayangannya sama.
"Selepas bincang dengan penerbit, Datuk Md. Efendi Hamdan, dia buat keputusan untuk tangguhkan dulu sebab tidak mahu kehadiran wartawan terbahagi dua. Saya harap penjelasan ini boleh menjelaskan kedudukan sebenar. Saya rasa tidak seronok bila timbul cerita-cerita macam ini," ujar Kamal
0 Komentar untuk "KAMAL ADLI - KES SMS UGUTAN DAVID TEO"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top