Info Putra Heights 2016

Syarat dan cara lepasan SPM mohon kursus perubatan / pergigian / farmasi di UITM

Adalah menjadi suatu kepastian untuk semua pelajar lepasan SPM menentukan aliran yang perlu di ambil berdasarkan keputusan yang mereka dapat. Permohonan aliran yang perlu korang pilih bukanlah bergantung pada minat 100% sebaliknya ianya bergantung pada keputusan SPM yang korang dapat. So korang perlu Semakan Syarat AM & Syarat Khas Kemasukan Ke IPTA (SPM/Setaraf) sebelum mohon aliran yang korang nak.


Sebagai contoh korang nak ambil aliran Asasi Sains di UiTM. Syarat Asasi sains dalam UiTM korang perlu dapatkan ialah :

MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI DAN SYARAT KHAS PROGRAM

Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat minima gred A- dalam DUA (2) mata pelajaran dan gred B dalam DUA (2) mata pelajaran berikut :

· Matematik Tambahan

· Fizik

· Biologi

· Kimia

DAN

· Bahasa Inggeris minima gred B

(Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mendapat keputusan cemerlang)

Nota:

Calon yang tamat program Asasi Sains dengan cemerlang berpeluang ke program Ijazah Sarjana Muda di UiTM atau IPTA lain dalam bidang:

· Perubatan

· Pergigian

· Farmasi

Calon juga boleh memilih untuk mengikuti program Pengajian Sains dan Teknologi yang ditawarkan di UiTM atau IPTA lain dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh universiti berkenaan.

Calon yang tamat program Asasi Sains di UiTM perlu memohon ke program Ijazah Sarjana Muda melalui BPKP (Jabatan Pengajian Tinggi) seperti yang diiklankan di akhbar-akhbar utama pada minggu pertama bulan Februari.

*AMBILAN UNTUK LULUSAN SPM TAHUN SEMASA SAHAJA

So, kalau result SPM korang tak ada ciri-ciri yang diorang nak, baik korang jangan mohon aliran ni. PIlih aliran yang lain, sebab syarat aliran ni adalah yang mininum! Kalau korang mohon and then korang dapat tawaran tu, tu memang rezeki korang la..hehe Dulu masa aku mohon, memang hentam ikut minat je, tak ikut susunan pulak tu.

Permohonan no satu mesti yang aliran yang korang nak sangat. Pilihan terakhir tu pilih yang agak-agak memang dapat..hehe
5 Komentar untuk "Syarat dan cara lepasan SPM mohon kursus perubatan / pergigian / farmasi di UITM"

asasi sains hayat mmg utk kearah perubatan ke,,

ntah aku check kt uitm farmasi pun boleh

betul ke jumlah doktor dah ramai sangat sekarang ni sampai ramai doktor menggangur?

AssalamuaLaikum nak tanyaa, uitm kan ade bnyk campus sluruh malaysia, klau kursus farmasi di kampus mana ya? Or universiti mana?

waalaikummussalam.Farmasi di uitm bertam. Penang

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top