Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Cara senang renew roadtax dan insurans kereta dengan myeg secara online



 Fakta tentang renew roadtax dan insurans kereta dengan myeg

1. Tak payah ada geran kereta ( pihak bank pegang ) atau geran hilang

Oleh kerana geran kereta masih dipegang oleh pihak bank (loan), kita kena berurusan dengan pihak bank atau ejen syarikat insurans, aku bagi diorang jer uruskan..leceh berurusan dengan JPJ ni, servis lembab, ada la sedikit caj perkhidmatan yang dikenakan, takkan percuma kot.

2. Tak perlu nak melalui proses untuk renew roadtax dan insurans kereta secara manual

Proses nak mendapatkan road tax tu banyak karenah juga, kena jumpa pihak bank/wakil insurans, tanya berapa RM nak bayar, kena keluar duit dulu di bank lain, duit minyak keluar lagi..itu semua menyebabkan kos semakin bertambah. Jadi insurans boleh jugak renew dekat myeg je guna RHB Bank dan Etiqa Takaful. Kalau korang nak insurans lain, tak dapat le dgn myeg

3. Kalau ada saman trafik, camne

Tambah pening kepala kalau polis hantar surat cinta, kata ada saman tak bayar lagi, hah nak renew roadtax kena bayar saman dulu yer. Kalau korang ada saman speeding, korang masih boleh lepas untuk renew roadtax. Kalau saman potong q masa raya lepas, kenalah bayar dulu, guna myeg pun boleh gak bayar saman tu.

4. Kena ada Akaun bank internet macam maybank2u atau cimbclicks

Korang cuma perlu ada akaun bank internet macam Maybank2u or CIMBClicks untuk memudahkan urusan pembayaran kelak,

5. Hanya kenderaan milikpersendirian

Urusan Renew Road Tax setakat ini hanya untuk kenderaan milik persendirian macam Kereta, Van, MPV. Motorsikal belum lagi ya.

Cara renew insurans dan roadtax guna myeg secara online


1. Mula-mula login ke http://www.myeg.com.my

2. Daftar akaun percuma di MyEG kalau belum ada akaun lagi, khidmat daftar ni free je

3. Pilih Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

4. Hidupkan insurans dulu, bawah ni contoh borang online dia



Buat masa ni MyEG menawarkan insuran dari RHB Bank dan Etiqa Takaful, agak2 korang tak reti/pening nak isi borang online dalam tu, klik jer butang Help atas tu. Eksekutif jualan MyEG akan hubungi korang dan setup satu sebutharga jumlah harga yang perlu dibayar, bandingkan dengan harga yang anda selalu buat di bank/ejen insurans, kalau MyEG lebih murah dan berbaloi, jangan tunggu lagi bayar je guna bank online ok. Kalau korang dah ada insurans, silalah teruskan baca menu bawah

5. Login maybank2u melalui MyEG mengambil masa yang lebih lama dari biasa, jadi jangan panik – nak loading maybnk2u lama gak tuh, sabo yek.




Kalau korang nak guna kredit kad ( visa dan mastercard sahaja, amex sory ye )


6. Setelah pembayaran dibuat, dalam masa tak sampai 1 Hari, runner akan berkunjung ke rumah anda menghantar road tax yang telah siap

Cara renew roadtax guna myeg secara online ( insurans dah ada )

1.Mula-mula login ke http://www.myeg.com.my

2.Daftar akaun percuma di MyEG kalau belum ada akaun lagi, khidmat daftar ni free je

3.Pilih Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

4. Pada main page , aku klik BAHARUI CUKAI JALAN kalau ada insuran kenderaan yang masih sah.

5.Isilah data yang diperlukan dalam borang. Buatlah pilihan untuk penghantaran. Klik Process.

6.Kemudian ada page segala data mengenai model kereta, jenis syarikat insuran kereta, tempoh sah insuran juga amount yang perlu dibayar.

7. Klik Confirm & Pay. Pilih cara bayaran, rujuk no.5 di menu Cara renew insurans dan roadtax guna myeg secara online di atas.

Kelemahan renew insurans dan roadtax guna myeg secara online

Satu kelemahan tentang kemudahan ini ialah bila berlaku kemalangan dan korang nak claim insurans, Geran kereta perlu dihantar ke pejabat MyEG di Petaling Jaya, untuk dicetak maklumat JPJ, Kemudian baru pihak Insurans akan meluluskan tuntutan/claim anda.


Terima kasih kerana membaca entri Cara senang renew roadtax dan insurans kereta dengan myeg secara online. Saya harap anda dapat kongsikan entri ini di media sosial.

13 Komentar untuk "Cara senang renew roadtax dan insurans kereta dengan myeg secara online"

INFO YG SGT MEMBANTU. TQ

terima kasih, sekadar berkongsi utk kesenangan bersama.

tq abg cik, sila sila lah selalu

berapa lama tggu nk loading tu?

loading mana plak tuh?

KINI ANDA BOLEH MEMPERBAHARUI ROADTAX & INSURANS / TAKAFUL KENDERAAN TANPA PERLU KE JPJ @ PEJABAT POS SERTA TANPA PERLU BAWA GERAN ORIGINAL, LEBIH MUDAH JIMAT DAN SELAMAT MELALUI KIOSK MYEG AL FAID
http://www.roadtaxmyeg.com/
BARAKAH SERVICES (PUCHONG AREA)

terbaik Faid, belum cuba lagi myeg nih tetapi ramai dah guna khidmat nih.

kalau takaful malaysia punya insurans boleh x?

Terima kasih untuk panduan bergambar tuan. Sistem MyEG pun kekadang bermasalah macam sistem offline atau tidak boleh guna insuran tertentu.

Jika mana yang berminat untuk bayar insuran kereta guna kad kredit boleh cuba guna web ini tetapi hanya untuk insuran eTiQa Takaful.

Untuk Takaful Ikhlas masih dalam proses pembinaan, jadi harap bersabar.

Saya berharap dapat membantu mereka yang sibuk hendak ke pejabat pos atau JPJ.

Terima kasih

putraheights.com
delete

terima kasih atas info pihak MYroadtax, satu kemudahan untuk pengguna untuk membayar insuran kereta motor. Kalau ada takaful Malaysia, mungkin saya pun guna servis MYroadtax.com.

terima kasih dgn info yang di berikan. sangat membantu saya utk renew road tax

putraheights.com
delete

terima kasih kembali, jika bermanfaat, harap boleh kongsikan di facebook.

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top