Info Putra Heights 2016

10 Juta Akaun Di Ceroboh, Firma Kad Kredit Beri Amaran!

 

LONDON – Visa, Mastercard dan Discover memberi amaran maklumat peribadi melibatkan lebih 10 juta pemegang kad telah dicerobohi dan berhadapan dengan risiko keselamatan data.

Bagaimanapun ketiga-tiga firma itu menegaskan bahawa "tiada pelanggaran" ke atas sistem kendalian mereka, sebaliknya pihak ketiga harus dipersalahkan.

Laporan msnbc.com berkata, pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) sedang menyiasat perkembangan terbaru ini, yang didakwa satu insiden mencuri data terbesar melibatkan pengguna dari negara itu.

"MasterCard sedang menyiasat kemungkinan situasi berkompromi dengan data-data akaun (pelanggan), melibatkan sebuah entiti di AS, dan ekoran itu, kami telah mengingatkan pengeluar-pengeluar kad pembayaran berkenaan bahawa beberapa akaun MasterCard berhadapan dengan kemungkinan risiko," kata kenyataan firma itu.

Pada 2008, Princeton digodam menyebabkan berjuta-juta akaun kad kredit terdedah kepada pengetahuan pihak ketiga.

Menurut KrebsonSecurity.com, penggodam telah akses kepada sistem pemprosesan data bagi satu tempoh dari 21 Januari hingga 25 Februari lalu.

Menurut laporan BBC, blog sekuriti KrebsOnSecurity, yang pertama melaporkan perkara itu berkata, sumber-sumber industri percaya lebih 10 juta kad telah diakses oleh pihak tertentu.

Laporan-laporan juga menyebut kad-kad yang dicuri ditemui di New York.

Wall Street Journal, yang memetik sumber-sumber keselamatan berkata, firma pemprosesan kad Global Payments adalah antara yang pertama berhadapan dengan masalah sistem keselamatan diceroboh.

Saham syarikat itu jatuh lebih sembilan peratus semalam.

0 Komentar untuk "10 Juta Akaun Di Ceroboh, Firma Kad Kredit Beri Amaran!"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top