Info Putra Heights 2016

Cara Mudah Ambik Pembantu Rumah Indonesia

Sekarang sudah ada cara mudah untuk mendapatkan perkhidmatan pembantu rumah Indonesia. Apa yang perlu anda lakukan. Cuma perlu mendail talian bebas tol yang tertera di bawah, dan seterusnya mendaftar dengan perkhidmatan Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa), yang mana akan mula dilaksanakan serentak di seluruh negara mulai 28 Februari 2012.


Selepas menghubungi talian bebas tol, 1-800-222-000, mereka yang memohon, akan menerima SMS, meminta untuk mengisi butiran seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan email, bertujuan untuk dikongsikan dikalangan rakan agensi yang membekalkan perkhidmatan pembantu rumah.

Butiran SMS ini juga, akan turut digunakan untuk menyediakan mereka dengan nama pengguna dan kata laluan, yang membolehkan mereka mengakses masuk ke dalam akaun email khas yang disediakan oleh setiap majikan, yang berdaftar dengan sistem itu.

Di sini, pemohon akan dimaklumkan dengan maklumat² lanjut seperti kos pendaftaran untuk mendapatkan pembantu rumah, dan terma dan syarat² yang perlu diikuti sebelum memperolehi pembantu rumah, bertujuan untuk mengatasi masalah seperti penderaan pembantu rumah dan kelewatan pembayaran gaji.

Papa turut menganggarkan, kira² 35,000 keluarga memerlukan khidmat pembantu rumah pada masa ini. Oleh itu, bagi sesiapa yang ingin mendapatkan perkhidmatan pembantu rumah, boleh la mendaftar dengan agensi ataupun menghubungi Jabatan Buruh untuk penjelasan lanjut.
0 Komentar untuk "Cara Mudah Ambik Pembantu Rumah Indonesia"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top